Assalammualaikum 2019

Dah masuk 2019 dah kita. Sebenarnya, makin lama makin cepat masa berlalu. Sekejap je dah habis dah 2018. 

Tahun ni memang nak lebihkan ibadah. Ya Allah, harap dipermudahkan dan istiqamah. Istiqamah tu yang paling berat sekali. Sebab tu lah sering diperkatakan, nak berubah itu mudah tapi nak istiqamah itu payah. 

Takut. Bukan sahaja takut akan tibanya Hari Kiamat. Tapi, ajal kita tak semestinya tunggu hari tersebut. Pada bila-bila masa yang kita sendiri tidak ada pengetahuan ke atasnya. Persoalannya, bersediakah aku? 

Allah ya Allah. Kau lebih Mengetahui tentang setiap hamba Mu di dunia ini. Banyak lagi yang perlu aku laksanakan. Banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Banyak lagi yang perlu aku dalami. Ya Allah, ku tak layak ke syurga Mu namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu. 

Jangan pernah walau satu hari tak set kan niat aka azam dalam diri untuk memperbaiki mahupun memperbaharui diri. Setiap apa yang kita mahu memerlukan usaha kita. Nak kan hidayah Allah, kita usaha semakin dekat padaNya. Jangan kalah dengan ujian. 


Salam Sayang, 
DYatie ABakar.

No comments