Cerita NAB: Dah Nak Masuk Darjah 1

Pejam celik, dah nak masuk darjah 1 dah si kakak. InshaAllah, tahun depan. Ramai dah anak-anak yang dah orientasi. Dah ada yang ambil buku teks semua. Tapi ada juga yang belum dapat surat pun dari sekolah. Sekolah Arissa lambat lagi, hujung bulan depan baru orientasi.


Tak sempat lagi nak share kenangan Grand Ihtifal kakak tempoh hari. Kakak dah tamat dah sekolah tadika. Sobs! Sebaknya rasa. Masa ihtifal tu mak ni sekejap sekejap bergenang air mata. Dah besar dah anak aku. Dah tua maknanya aku. Hehe. 

At the same time, aku nervous juga sebenarnya memikirkan dia nak darjah 1 tahun hadapan. Actually, hari tu dia ada cakap kat aku - 'ma mak, saya macam takut lah nanti. kalau ada orang buat saya macam mana'. Huhu. Sedih pulak aku. Sebab si kakak ni memang lemah gemalai orangnya. Samalah macam aku. Eh! Eh! Eh! Hahaha.

Persiapan pun belum lagi. Pakaian, kasut semua tak beli lagi. Cuma hari tu sempat lah sambar track suit 4 helai masa sales tesco tu, RM9.90 je wak. Hehe. Cuma beg sekolah je kitorang dah beli masa sales Smiggle tempoh hari. Itu pun menunaikan janji pada dia masa sekolah tadika 5 tahun, dapat tempat pertama kami hadiahkan beg dari kedai Smiggle. 

InshaAllah minggu hadapan balik Ipoh, ada kenduri. Boleh sekali cari kedai PasarayaKu. Haha. Kawan-kawan cerita kat situ, kita cari lah kat situ. Yer dak? Yatie dulu masa sekolah, tak pernah beli baju siap. Brand2 semua ni tak tahu. Sebab mak beli kain, dan upah jahit.

Bayaran awal sekolah kakak kitorang tak dapat lagi. Bayaran bulanan pun belum tahu lagi. Nervous pula nak tahu. Hahaha. Berapalah agaknya tapi rasanya lebih rendah dari bayaran awal masuk tadika.

Salam Sayang, 
DYatie ABakar.

Homestay di Dwiputra Residence Putrajaya

First of all nak cakap, ini cerita lama. Haha. Cerita semasa sejarah Malaysia berubah kerajaan pimpinan. Cuti kerajaan baharu kami manfaatkan untuk bersilaturrahim dengan kawan-kawan. Zass! Setuju, booking dan pergi. Walau sebenarnya masing-masing mengantuk sebab tidur lambat tunggu keputusan pilihanraya. Haha.

So, destinasi terdekat ialah di Putrajaya. Dekat. Sebenarnya lebih kepada nak bawa anak-anak jumpa kawan dan mandi kolam. Kami sekarang memang pilih homestay sebab kediaman sekarang setanding dengan hotel. Sewa homestay 3 bilik adalah lebih kurang bersamaan dengan sewa 1 bilik hotel 4 bintang. 

Kekurangannya ialah hotel ada menyediakan sarapan tetapi kelebihan di homestay kebanyakannya tiada larangan memasak. Alah, bukan nak masak rendang pun. Hat simple aje macam goreng nugget, sosej begitu buat alas perut. Hehe.




Haaa ini rumahnya. Cantik kan? Dan lengkap. Walau meja makan hanya untuk duduk 4 orang tapi kami ada 6 orang dewasa, tapi apa ada hal. Small matter kan. Hehe. Ada mesin basuh, jadi boleh keringkan baju lepas mandi manda. Hehe. Memang sebuah rumah yang lengkap.



Ini bilik utama aka master room. Attach with bathroom. Kebiasaannya dorang ni bagi kitorang yang duduk bilik ni. Baik kan 'team' kitorang ni. Haha. Aku tak nak tanya kenapa dorang bagi kitorang bilik tu. Malas. Nanti tak dapat dah specialty tu. Kah! Agak-agak dorang baca tak blog aku? Hehe.


Ini bilik kedua. Biasanya family Piah yang dapat bilik kedua ni. Tak tahu kenapa jugak. Tapi surely sebab beralah dengan aku kot. Lols. Hahaha. 


Last, bilik ketiga. Jawapannya, sebab Ima dengan Pais ni baik. Dorang selalu pilih bilik yang ini walau selalunya bilik ketiga provide 2 katil single. Selalunya alasan si pais tu anak-anak dia selalu kat luar. Dia senang tidur kat luar katanya dengan anak-anak. Hehe. 


View dari tingkap ruang tamu. Cantikkan? Lupa pulak aku tingkat berapa rumah ni. Hihi. Al maklum kisah bulan Mei tempoh hari. Tapi tinggi dan view cantik sangat.

So, inilah dia 'team' kami.






Petang tu, lepas lepak menyembang semua kami bawa anak-anak mandi manda. Luaskan kolam ni? Memang puas hati. Bukan anak-anak je mandi. Mak pak pun seronok mandi sekali. Haha. 



So, malam tu kami tapau nasi goreng sambil menyaksikan istiadat angkat sumpah PM ke-7. Masing-masing perasaan tu bercampur baur. Yelah menyaksikan PM lama jadi PM semula. Rare case kan? Hehe.





Esok pagi, lepas sarapan semua kitorang turun semula ke bawah mandi-manda. Puas tak? Anak-anak sure tak puas. Hahaha. Biasalah tu kan. 



Dah sudah mandi, kemas-kemas barang dan lepak-lepak sekejap menyembang tunggu masa tamat. Hahaha. Jam 2 petang kitorang check out dan membawa haluan masing-masing. Chewahhh.

Overall kitorang puas hati sangat dengan Homestay Dwiputra Residence, Putrajaya yang dimiliki oleh En. Anuwar. Korang boleh direct contact En Anuwar di talian ini; 019 - 222 5860.

Dan banyak lagi pilihan kalau korang tengok di AirBnB. Aku memang cari homestay thru AirBnB tu. Best best homestay nya. Tak caya? Sign up lah.


Ok lah. Next Yatie review homestay lain okay! Haha. Nampak sangat 'kaki AirBnb'.

Salam Sayang,
Yatie Lee.

Goreng Ikan Bilis Menu Pantang Dengan Air Fryer

Gitu tajuk. Haha. Beberapa hari sebelum ni, BFFku Iza share dia goreng ikan bilis guna air fryer dia. Sedap katanya. Jadi, malam tadi sebab dah tak ada idea nak masak apa untuk makan malam makanya daku pun cuba juga goreng ikan bilis guna air fryer tu. Hehehe.


Kagum oi. Hihi. Elok je garingnya haaa. Sedap pulak tu. Memang rasa macam ikan bilis yang mak buat masa berpantang. Aku tau korang macam mana tapi aku untuk beberapa hari awal berpantang memang menu ikan bilis goreng tanpa minyak gini. Walaupun itu je menunya, tetap berselera tau. Hahaha.

Aku guna Air Fryer Russel Taylors. Set suhu 180 celcius dan kemudian pusing masa 6 minit. 2 3 kali aku gaul-gaulkan ikan bilis tu supaya semua masak dengan sekata.  Aku berpendapat, tempoh masa bergantung kepada berapa banyak ikan bilis tu. Dan mungkin juga bergantung kepada brand air fryer tersebut. 


Dalam pada masa yang sama, aku goreng sekali 'Keropok Ikan' dari Sabah ni. Wahhh. Lagi sedap dari goreng guna minyak. Aku memang suka makan kering. Jadi, siap lahhh. Mungkin ini bakal jadi menu baru malas ku. Hahaha. Allahu, teruk betul. Hahaha. Tapi serius, ini memudahkan sangat untuk yang berpantang sendiri. 

Rasanya tak perlu nak buat stok ikan bilis goreng. Sebab hanya perlu masa 5 minit sahaja untuk korang masak dalam air fryer untuk jumlah ikan bilis bagi 1 kali makan. Tak perlu berdiri lama di dapur, tak perlu nak menjaga. Cuma masukkan dalam air fryer, set suhu dan masa. Sesekali gaulkan ia. 

Ok, bye!

Salam Sayang, 
Yatie Lee.

Rindunya Nak Menulis Macam Dulu

Malam tadi, aku search blog sendiri tentang pergi Sandakan. Rupanya pergi KK kali ni tarikhnya lebih kurang sama dengan ke Sandakan / Lahad Datu tahun 2014. Hehe. Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan kali ini. Dah jumpa entry ke Sandakan tu, aku baca entri entri aku yang seterusnya.

Allahhu, rindunya nak menulis macam dulu. Bercerita perkembangan anak. Tentang diri. Tentang kehidupan. Tentang persekitaran. Tentang keibubapaan. Eh macam-macam. 

Dan yang paling teruja pada diri sendiri ialah, eh eh sedapnya ayat aku dalam entri ni. Aku ke yang tulis ni? Ke aku copy paste masa tu? Hahaha. Pandai aku menulis rupanya. Rasa ter-muhasabah sendiri dengan entri sendiri. Haha. Itu semua entri di tahun 2014.

Kalau ditanya kepada aku kenapa tak aktif menulis macam dulu? Aku akan bagi alasan tak cukup masa. Tapi sebenarnya, kalau difikirkan semula dok scroll facebook tu boleh aje aku ambil masa untuk update blog. Alasan seterusnya pula aku akan cakap kekeringan idea. Tapi sebenarnya, kalau dah mula menulis laju je jari jemari tekan keyboard.

Well, itu lah kan. Sebenarnya semua itu alasan aku semata-mata. Kadang-kadang rasa kesian dekat si adik sebab kurang ceritanya dalam blog berbanding si kakak. Sedangkan dulu aku nak anak-anak baca blog ni bila dorang dah dewasa kononnya. 

Moga-moga lepas entri ini aku publish, aku akan lebih rajin menulis. Menulis buat kenangan. Untuk bacaam semula pada masa akan datang. InshaAllah.

kami baru je balik dari KK tempoh hari
nanti cerita lain ok
Salam Sayang,
Yatie Lee.

Pengalaman ke Kecemasan Hospital

Dua minggu lepas, si adik tiba-tiba semput teruk. Maksud aku, teruk dari sebelum ni. Pagi tu ayah nya yang perasan dada dia berombak laju, lepas tu masa dia tarik nafas di bahagian leher tu ke dalam. Tetapi, dia elok je tidur. Tak nampak macam seorang yang sedang tak berapa selesa dalam bernafas. Lena. Hihi.

So, kitorang decide nak bawa dia ke klinik panel macam biasa. Sebelum nak ke klinik tu kitorang singgah makan. Bawa kakak sekali. Masa tu belum pukul 8 pagi lagi. Susah hati juga lah tengok adik masa tu. Aktif. Cuma masa makan nampak 'menolak' makanan. Batuk pun macam perit sikit bunyinya. 

Lepas hantar kakak, kitorang cuba tengok klinik Mediveron yang sebelum ni kami pernah pergi dalam jam 2 3 pagi. Rupanya dah tak ada. Buka pukul 9 pagi juga. Jadi, kitorang decide nak ke hukm. Aku call collague, memang boleh terus pergi emergency ke untuk kes semput ni. Dia kata, boleh. 

Makanya, kami terus straight away ke emergency. Dan, memang pantas. Hehe. Saringan pertama, pegawai perubatan tu check dada adik. Sekejap je dia letak stetoskop tu kat dada. Dan dia terus suruh masuk ke dalam. Surprisingly, masuk je ke dalam dia terus bagi baby cot dan suruh letakkan adik dalam tu. Mak panik sikit, haha. Adik pulak terus nangis. Huhu. Pengalaman kan. 


 

Lepas tu doktor pula yang check adik. Lepas dia tanya soalan itu ini, dia bawa ke satu area dan bagi neb kat adik. Masa neb tu, doktor lain pula datang. Macam-macam soalannya haa. Sampai lah ke sejarah masa mengandung, masa melahirkan. Haha. Lepas tu ada soalan yang berulang buat aku rasa annoying. Huhu.

Settle neb, kami menunggu lagi. Borang pula pegawai perubatan lain yang ambil. Kiranya kalau orang tanya kami mana dokumen itu ini, kami pun lost siapa yang ambil, siapa yang bagi. Haha. Dah ramai pulak. Jakun sikit sebab tak pernah. Lols.

Then, seorang doktor lain pula datang check lagi sekali dada adik. Dan transfer adik ke satu partition yang ada budak lain kat situ. Budak tu tengah nangis-nangis, tangan berbalut, dan itu buat adik menangis jugak. Haha. Sambil dia cakap, 'adik na-nak ucuk, adik na-nak ucuk". Huhu. Adik neb lagi.

Dah settle neb, lama juga kami tunggu adik nak di bawa ke x-ray. Masa doc cakap nak x-ray adik, kitorang suami isteri berpandangan. Again, tak ada pengalaman kan. Hahaha. Lepas tu, seorang pegawai perubatan lain pula datang dan bawa kami ke tempat x-ray. Di tempat x-ray pun adik menangis juga. Yelah, tempat x-ray tu pun memang agak menakutkan kan. Hehe.

Dah settle x-ray semua tu, kami balik ke katil. Tunggu doktor lain ronda. Eh serius, aku tak tahu yang awal tu doktor apa, yang sorang lagi doktor apa, sorang lagi doktor apa. Haha. Aku assume doktor yang terakhir ni doktor pakar kot. Masa dia tengok je adik, dia terus cakap, "eh yang ni nampak sihat je. nampak ok". Aku senyum je lah. Adik memang aktif je, macam tak ada masalah. Haha. 

Then doktor tu check lagi dada dia. Doktor kata, "dia memang aktif. tapi dengar dada dia ni, ada lagi. Jadi, kena warded juga ni. Huhu. Aku minta excuse sebab dia still aktif. Doktor lepaskan atas risiko kitorang sendiri. Sebelum balik, doktor bagi lagi satu kali neb. 

Aku tanya juga pasal keputusan x-ray, kata doktor yang seorang tu result ok tak ada apa cuma simptom athma tu ada. Paru mengembang, jadi saluran pernafasan sempit. Doktor suruh kami follow up dia ke PPUKM pula untuk mengesahkan sekiranya benar adik ada athma, jadi boleh 'label' dia. Huhu. Aku akur je lah sebab tahun depan kan dia nak masuk sekolah dah. 


Kami settle semua dalam jam 11 pagi gitu. Aku yang asalnya nak ambil time slip 4 jam, bertukar jadi cuti. Sakit kaki pun ye juga sebab berdiri je dari sampai tu. Haha. Terasa wey bila malam sakit kaki. Hahaha. Adoi lah! Memang nak kena kurangkan berat badan ni ha. Dah tak mampu menampung, tu pasal kaki sakit tuh. Huhu.

Balik rumah, dari tengahari sampai ke petang adik tidur. Tidur lena. Bila dia dah bangun dari tidur, main-main kejap dan kitorang nampak dada dia berombak laju lagi. Kitorang siap-siap dan terus k eklinik panel yang biasa. Neb lagi. Dan kemudian doktor bagi ubat. Ku tanya juga ubat cair kahak yang selalu dapat sebelum ni, dan doc bagi.

Alhamdulillah atas asbab ubat athma, dan kahak tu dia nampak sangat ok. Doktor ada juga tanya, "macam mana kalau malam nanti kena lagi?" Ku jawab, "pergi emergency". Haha. Doktor suruh extra perhatian bila malam sebab athma akan attack lebih teruk bila waktu malam. Bukan sebab sejuk, tapi body di waktu malam pun akan berehat jadi bila athma attack; menjadikan pesakit athma lagi teruk. Gituu.

Di rumah pulak, aku keep on oiling adik. Ku selang seli sapu EO Raven dan Frankincense. Diffuse Raven sepanjang masa. Kami dua beranak tidur dekat ruang tamu. Selesa sikit, luas. Tidur atas sofa bed. In fact, sampai ke malam tadi kami tidur di luar. Adik tak nak tidur bilik. Hahaha. Belalak kata orang Sarawak. 

Alhamdulillah, pergi Melaka tempoh hari dia ok. Cuma extra care, extra perhatian. Ada cerita sehari sebelum ke Melaka tu. Nanti lah di entri lain. Hahaha. Ni dah panjang kemahen. 

Apa pun, ni lah pengalaman pertama kitorang bawa ke emergency hospital. Tak sangka terus begitu prosedur nya. Ingatkan biasa-biasa aje. Soalan pun sangat banyak rupanya. Hihihihi. 

Ok, till we meet again!

Salam Sayang, DYatie ABakar.